KUALA LUMPUR 1 Feb. – Suasana sedikit lengang di pusat bandar raya mungkin disebabkan ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi tumpuan mendapati suasana tidak sesibuk berbanding hari biasa. Rata-rata warga kota sudah mengambil cuti panjang bermula daripada cuti umum Hari Wilayah Persekutuan, cuti hujung minggu seterusnya cuti umum sempena Tahun Baharu Cina pada 5 dan 6 Februari depan. Bagaimanapun, di pusat beli-belah sekitar ibu negara masih ada kaum Cina sibuk membuat persiapan membeli barangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya