Warga Kemas perlu naikkan semula imej, kewibawaan - Utusan Malaysia

Warga Kemas perlu naikkan semula imej, kewibawaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) harus menaikkan semula imej dan kewibawaan jabatan tersebut sebagai sebuah organisasi pembangunan masyarakat luar bandar.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malah berkata, Kemas juga perlu mara ke hadapan sebagai agensi utama penggerak perubahan masyarakat di luar bandar.

“Tingkatkan prestasi kerja, sentiasa lakukan perubahan dan fleksibel dalam setiap tindakan.

“Mereka juga harus memberi fokus sepenuhnya terhadap penyampaian perkhidmatan yanh baik kepada msyarakat selaras dengan aspirasi Kemas sebagai penggerak kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Kemas 2019, dekat sini hari ini.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Kemas yang julung kali diadakan bertujuan menerangkan hala tuju dan peranan warga Kemas sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN