TELUK INTAN 11 Feb. – Seorang wanita warga emas berusia 87 tahun yang hilang dari rumahnya di Parit 8, Chikus dekat sini kelmarin, ditemukan mati lemas di dalam longkang sawah semalam. Mayat Hamidah Hussin dijumpai orang awam pada pukul 7.40 malam dalam keadaan terapung di dalam longkang tersebut, kira-kira satu kilometer dari rumahnya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut. Katanya, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya