KANGAR 19 Feb. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan seorang lelaki warga emas bersama 170 liter air ketum selepas menyerbu sebuah rumah di Kuala Sanglang, di sini semalam. Dalam Op Landai kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kesemua air ketum itu ditemukan dalam 17 tong plastik yang setiap satunya berisipadu 10 liter di dalam sebuah bilik. Selain itu, pasukan tersebut turut menemukan sebanyak 72 botol ubat batuk yang…










