Wanita warga emas ditemui maut di dalam longkang - Utusan Malaysia

Wanita warga emas ditemui maut di dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemui maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang setinggi lebih dua meter di Taman Pakatan Jaya di sini pagi tadi.

Mayat T. Kaliselve, 65, itu ditemui dalam keadaan tersembam di dalam longkang oleh seorang wanita kira-kira pukul 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa hendak membuang sampah dan mengutip botol-botol kosong di belakang rumahnya untuk dijual.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang tinggal seorang diri di rumah ketika anaknya keluar bekerja itu hampir setiap hari ke lokasi kejadian untuk mengutip bahan buangan. 

“Dia dijumpai dalam keadaan tersembam di dalam longkang itu oleh seorang wanita yang ingin membuang sampah yang kemudiannya meminta bantuan seorang lelaki lain untuk menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Ali, pemeriksaan yang dilakukan pegawai perubatan pada badan mangsa mendapati dia telah meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat. 

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×