SITIAWAN – Seorang wanita maut manakala dua lagi penumpang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 14 Jalan Sitiawan-Teluk Intan di sini malam semalam. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.10 malam itu, mangsa, Ramlah Ahmad, 56, dan anak angkatnya berusia lapan tahun mengalami kecederaan parah manakala anak saudara mangsa yang berumur 18 tahun mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira…










