Wanita maut kepala digilis lori - Utusan Malaysia

Wanita maut kepala digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 2.9, Lebuh Raya Damansara Puchong menghalang ke Subang Jaya, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.31 petang itu, mangsa, Mifthahul Jannath Meera Mydin, 32, maut di tempat kejadian akibat cederah parah di kepala manakala suaminya, Mohd. Izwan Abu Bakar, 34, cedera di bahagian kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha EX5 dinaiki pasangan terbabit bergesel dengan lori sebelum mangsa yang juga pembonceng terjatuh dan digilis di bahagian kepala.

“Penunggang motosikal mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Serdang dan siasatan sedang diteruskan untuk mengetahui punca kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azman, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN