Wanita maut ditikam adik - Utusan Malaysia

Wanita maut ditikam adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 24 Feb. – Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh adiknya di sebuah rumah di Kampung Kemansur di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Fan Suik Moi, 56, dipercayai bertengkar dengan adik lelakinya yang berusia 55 tahun.

“Ketika kejadian terdapat ahli keluarga lain di rumah berkenaan yang menghalang suspek daripada terus menikam mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang cedera dihantar oleh jiran ke Hospital Bentong sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh kerana mengalami pendarahan yang serius akibat beberapa tikaman di badannya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Othman, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 6 petang.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

“Pada masa ini pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×