Wanita Britain dipenjara enam bulan tampar pegawai Indonesia - Utusan Malaysia

Wanita Britain dipenjara enam bulan tampar pegawai Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR 6 Feb. – Seorang wanita warga Britain dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menampar pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali tahun lalu. Dalam kejadian berkenaan, wanita terbabit, Auj-e Taqaddas, 43, didapati menampar pegawai berkenaan selepas berang dihalang daripada menaiki penerbangan kerana visa pelancongnya telah tamat tempoh. Satu rakaman video yang tular pada tahun lalu menunjukkan Taqaddas mengamuk selepas diberitahu dia perlu membayar sebanyak AS$4,000 (RM16,336) kerana tidak memperbaharui visanya. Taqaddas kemudiannya menampar dan menuduh pegawai itu menjadi punca dia terlepas penerbangan. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN