KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan mendapatkan perincian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bagi membincangkan isu subsidi jemaah rayuan dan jemaah pengiring mahram haji. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diteliti setelah beliau mendapat penjelasan daripada menteri berkenaan. “Itulah, saya nak teliti, sebab saya belum lagi dapat perincian. Saya nak dapatkan (perincian) dahulu daripada menteri agama,”…










