[VIDEO]Calon PH tiba di pusat penamaan calon - Utusan Malaysia

[VIDEO]Calon PH tiba di pusat penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. -Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali tiba di pusat penamaan calon, Dewan Seri Cempaka MPKJ, Saujana Impian kira-kira pukul 8.43 pagi tadi.

Muhammad Aiman,30, yang memakai baju Melayu berwarna merah diiringi Timbalan Presiden PH,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut sama mengiringi Muhammad Aiman pemimpin-pemimpin PH yang lain iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Suasana di pekarangan pusat penamaan calon juga tenang dan terkawal.

Para penyokong juga bersemangat berkumpul di empat tempat perhimpunan parti sejak pukul 7 pagi tadi.

Paling mencuri tumpuan adalah para penyokong di pusat perhimpunan Barisan Nasional yang menyaksikan jumlah penyokong paling ramai mengalahkan penyokong PH. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN