[VIDEO] Sindiket proses dan edar dadah tumpas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sindiket proses dan edar dadah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 18 Feb. – Satu sindiket memproses dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan berjaya ditumpaskan apabila polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM556,000 menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Butterworth, Air Hitam dan Jelutong kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, dalam serbuan bermula 9.20 pagi hingga 10 pagi itu, polis turut menahan empat ahli sindiket berkenaan berusia 33 hingga 49 tahun.

“Serbuan pertama dijalankan di Taman Sentral, Butterworth yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah berkenaan.

“Di situ kita menahan dua suspek dan merampas 33.8 kilogram dadah disyaki heroin, 745 gram dadah disyaki heroin base, 44.8 kilogram disyaki serbuk kafein, 550 gram serbuk dan cecair kimia serta pelbagai peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN