[VIDEO] Sembunyi kondom dalam bekas sabun - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sembunyi kondom dalam bekas sabun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 23 Feb. – Sebanyak 13 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Dataran Sunway, Kota Damansara, di sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, 12 daripada yang ditahan adalah wanita warga asing manakala seorang lagi merupakan lelaki warga tempatan bekerja sebagai penjaga kaunter.

Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pusat itu dikesan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya dengan anggaran bayaran bermula RM165 satu sesi.

“Mereka juga mempromosikan perkhidmatan tersebut menerusi applikasi WeChat dengan menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan untuk dipilih pelanggan dan siasatan awal mendapati pusat urut haram ini mampu mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sehari.

“Kita juga menemukan puluhan kondom yang disembunyikan dalam bekas pencuci bilik air serta mesin air bertujuan mengelak dikesan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Menurut Mohd. Khaizam, semua wanita yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah mahupun permit.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk proses dokumentasi dan saiasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN