[VIDEO] Polis buru kumpulan penyamun berparang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis buru kumpulan penyamun berparang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Polis Klang Selatan menerima dua laporan polis berkaitan kejadian samun dalam rumah membabitkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sekitar daerah itu semalam.

Polis Klang Selatan terima dua laporan kes samun membabitkan kumpulan bermotosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian membabitkan kumpulan bermotosikal itu berlaku sekitar pukul 3 hingga 4 petang.

Menurutnya, modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan bergerak secara berkumpulan menaiki motosikal dan menyerang mangsa yang berseorangan di kawasan rumah dengan bersenjatakan parang dan meminta mangsa menyerahkan barangan berharga.

“Dalam dua kejadian semalam (kelmarin) kerugian yang dialami mangsa dianggarkan kira-kira RM15,000.

“Dua kertas siasatan juga telah dibuka dan kes disiasat dibawah seksyen 395/397 Kanun keseksaan. Kejadian yang sama juga turut dilaporkan berlaku dibeberapa kawasan di Lembah Klang dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Shamsul Amar, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan pihaknya bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat dalam kes ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan ditalian 03-33719999 atau ke balai-balai Polis yang berdekatan.

Terdahulu, kejadian samun tersebut tular di media sosial dengan memaparkan kumpulan penyamun bermotosikal itu yang berkeliaran di sekitar daerah ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN