KAJANG – Pengendali laman web, Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan mengaib dan mencederakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu insiden pergaduhan semasa penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Semenyih dua minggu lalu. Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah. Mengikut pertuduhan pertama Papagomo yang juga bapa lima anak itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya