KUALA LUMPUR 17 Feb. – “Tolak, tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah palsu!” Video ihsan MEDIA GAMIS Laungan itu bergema di perkarangan pusat beli-belah Sogo, di sini hari ini apabila kira-kira 100 mahasiswa berkumpul bagi menyatakan protes mereka terhadap kontroversi kelayakan akademik palsu beberapa pemimpin kerajaan baru-baru ini. Protes anjuran gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu bermula dengan perarakan peserta dari Masjid Jamek, di sini sehingga ke perkarangan pusat beli-belah Sogo…