IPOH 28 Feb. – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menyangkal dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari bahawa terdapat salah guna kuasa tanah milik institusi pengajian tinggi (IPT) itu. Lembaga Pengarah USAS Berhad dalam kenyataannya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Aziz itu dibuat sebelum beliau mendengar taklimat penuh penyiasatan oleh firma audit bebas, PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bhd. (PwC). Justeru itu katanya,…