KUALA LUMPUR 9 Feb. – Timbul persoalan sama ada benar wujudnya ‘elaun pacat’ seperti mana didakwa syarikat pembalak sanggup menawarkan sejumlah wang kepada segelintir anggota penguat kuasa sebagai habuan meninjau kawasan berpotensi bagi menjalankan kegiatan pembalakan. Sama ada ia benar atau tidak, khabarnya elaun yang mencecah sehingga RM30,000 itu turut dipercayai menjadi punca masalah pembalakan melampau di Perak masih terus berleluasa, namun itulah yang menjadi bualan ramai pihak. Malah satu…









