KUALA LUMPUR 27 Feb. – AirAsia Group Bhd. merekodkan peningkatan untung bersih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 kepada RM1.98 bilion berbanding RM1.63 bilion dicatatkan pada 2017. Menurut AirAsia, perolehan naik kepada RM10.60 bilion daripada RM9.71 bilion didorong jumlah penumpang dibawa yang lebih tinggi meningkat 14 peratus. Katanya, faktor muatan menurun daripada 88 peratus kepada 85 peratus susulan pertumbuhan dalam jumlah penumpang yang dibawa adalah lebih rendah daripada pertumbuhan…










