United kalahkan Fulham 3-0 - Utusan Malaysia

United kalahkan Fulham 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON, Feb 9, 2019 – Manchester United naik ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris setelah menundukkan pasukan yang sedang bergelut, Fulham 3-0 sebentar tadi.

Dalam saingan di Craven Cottage itu, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berada di depan setelah Paul Pogba menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14, diikuti Anthony Martial, 9 minit kemudian.

Pemain tengah United, Pogba seterusnya melengkapkan kemenangan skuad Red Devils selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65.

Memuatkan artikel berkaitan…

United kini mencatat enam kemenangan berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertandingan buat pertama kali sejak Mei 2009.

Red Devils kini sedang dalam pemburuan untuk menamatkan saingan liga musim ini di kedudukan empat teratas setelah keciciran 11 mata daripada slot itu pada hari Jose Mourinho dipecat, Disember lalu.

Sehingga kini, United telah menang 10 daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan sejak Solskjaer menggantikan Mourinho selaku pengurus sementara.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×