KUALA LUMPUR 1 Feb.- Hasrat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berada di tangga teratas Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019) tercapai selepas membelasah Maybank dengan keputusan 5-1. Kemenangan dengan jaringan besar UniKL di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi pada hari ini membolehkan pasukan itu mengumpul 16 mata sekali gus memintas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kelebihan satu mata selepas enam perlawanan. Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj berkata, dia mengharapkan kemenangan dalam perlawanan tersebut namun tidak menjangka meraihnya dengan jaringan besar. “Ini adalah pusingan pertama liga dan amat penting untuk kami menamatkannya di puncak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya