KULIM 11 Feb. – Dua beradik lelaki yang disyaki terlibat dengan dadah tergamak mengugut untuk mencederakan bapa mereka dengan pisau akibat gagal mendapatkan wang di sini, semalam. Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Sekolah Merbau Pulas, Kuala Ketil itu, menyebabkan lelaki berusia 60 tahun tersebut bertindak membuat laporan polis. Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 18 dan 31 tahun serta tidak bekerja itu sebelum ini sering meminta wang daripada bapanya tersebut, namun kali ini tidak diendahkan. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, warga emas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya