Turki dakwa sekutu NATO sokong militan - Utusan Malaysia

Turki dakwa sekutu NATO sokong militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 19 Feb. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menuduh sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyokong gerakan pengganas dengan membekalkan ribuan trak berisi senjata kepada kumpulan itu dan tidak mengendahkan permintaan Ankara untuk membeli senjata daripada mereka.

“Apa jenis pakatan NATO ini? Mereka memberi pengganas 23,000 trak berisi senjata dan peralatan melalui Iraq, tetapi bila kami menanyakan (beli senjata), NATO tidak menjualnya kepada kami.

“Kedudukan kami kira-kira 911 kilometer dari sempadan Syria dan berdepan ancaman pada bila-bila masa,” katanya dalam satu perhimpunan kempen pilihan raya di wilayah Burdur.

Bagaimana­pun beliau tidak mendedahkan negara mana yang membekalkan senjata itu melalui Iraq.

Recep Tayyip seperti dipetik portal berita al-Jazeera turut meramalkan wilayah Manbij, Syria bakal ‘melenyapkan’ pengganas dan ditinggalkan kepada penduduk setempat dalam tempoh terdekat.

Bandar Manbij dikuasai kumpulan militan Kurdish yang di­pimpin oleh Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan bernaung di bawah Tentera Demokratik Syria­ (SDF) sejak 2016.

Kumpulan itu mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat (AS).

Ini menimbulkan kemarahan negara-negara jiran Turki yang melihat pengaruh YPG di utara Syria sebagai satu ancaman kepada keselamatan nasional.

Turki sebelum ini meng­ugut untuk menyasarkan Manbij dalam satu operasi ketenteraan bagi menghapuskan pengaruh YPG di bandar itu.

Bagaimanapun AS memberi amaran kepada Turki supaya tidak menyerang YPG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN