Tujuh bekas MP UMNO berperanan menarik akar umbi - Utusan Malaysia

Tujuh bekas MP UMNO berperanan menarik akar umbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Tujuh bekas Anggota Parlimen UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selasa lepas akan memainkan peranan menarik anggota akar umbi terutamanya penduduk luar bandar untuk meninggalkan parti itu dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu telah dijelaskan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH dan telah diterima dengan baik.

Beliau berkata, tujuh individu berkenaan mempunyai peranan untuk menjelaskan kepada anggota akar umbi UMNO agar menyokong kepimpinan Dr. Mahathir dan membantu kerajaan membaiki negara.

“Saya kira justifikasi itu saya boleh terima dan kita harus maju ke depan sebagai satu faktor yang boleh menyumbang kerana mereka ini akan turun ke bawah dan bertemu anggota UMNO menjelaskan keperluan untuk meninggalkan UMNO, UMNO sebuah parti yang telah rosak,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×