KUALA LUMPUR 17 Feb. – Pasukan Terengganu Inc., Terengganu Cycling Team (TSG) tetap mahu menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sekalipun perlumbaan berprestij itu ditunda ke tarikh baharu 6 hingga 13 April ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farhan Abdul Wahab berkata, ini kerana misi mereka dalam edisi ke-25 itu adalah ingin mempertahankan jersi kuning yang dimenangi mereka menerusi pelumba Rusia, Ovechkin Artem. Bagaimanapun ujarnya, dia agak terkilan apabila LTdL 2019…










