Tottenham terima tamparan - Utusan Malaysia

Tottenham terima tamparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Feb. – Misi Tottenham untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin sukar selepas kalah mengejut 1-2 kepada Burnley di Stadium Turf Moor, sebentar tadi.

Harry Kane memberi sumbangan kepada Spurs sebaik sahaja kembali daripada berehat enam minggu akibat kecederaan buku lali apabila meledak gol penyamaan pasukan pelawat pada minit ke-65.

Bagaimanapun, gol lewat minit Ashley Barnes memastikan kemenangan sensasi Burnley, yang sebelum itu membuka jaringan menerusi Chris Wood pada minit ke-57.

Kekalahan ketujuh musim ini bukan sahaja menggagalkan misi Tottenham untuk mencatat kemenangan keempat berturut-turut, malah menyebabkan kelab London itu ketinggalan lima mata di belakang dua pasukan teratas, Manchester City dan Liverpool.

Liverpool mampu menjarakkan kedudukan kepada lapan mata jika mengalahkan Manchester United dalam pertembungan terbesar Liga Perdana minggu ini di Old Trafford, esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN