‘Tolong, bantulah saya’ - Utusan Malaysia

‘Tolong, bantulah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 13 Feb. – Seorang bekas tentera mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menampung kos perbelanjaan harian, membeli kaki palsu, kerusi roda dan rawatan a­ngin ahmar kronik yang dialami­nya sejak 10 tahun lalu.

Jaafar Md. Akib, 62, kini tidak mampu bergerak kerana kaki kiri sehingga pahanya dipotong akibat penyakit barah tulang yang dialaminya sejak 17 tahun lalu dan hanya mengesot ke tempat mandi serta membuang air.

Bagai jatuh ditimpa tangga, warga emas itu turut diserang penyakit angin ahmar sejak 10 tahun lalu mengakibatkan lum­puh anggota badan bahagi­an kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…
JAAFAR MD. AKIB yang menderita sakit angin ahmar dan kudung kaki
JAAFAR MD. AKIB yang menderita sakit angin ahmar dan kudung kaki kiri di rumah saudara lelakinya di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang, kelmarin.

Bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat di Markas Staff, 2 Briged Ipoh, Perak pa­da 1979 hingga 1995 tersebut dibantu oleh isterinya, Maimunah Ismail, 54, sekiranya ingin bergerak termasuk ke hospital.

Jaafar berkata, isterinya cu­ma memperoleh pendapatan antara RM40 hingga RM60 sehari hasil menjual pisang goreng dan kuih-muih.

“Tolonglah bantu, saya sa­ngat memerlukan kaki palsu, kerusi roda dan belanja ra­watan perubatan angin ahmar,” kata­nya ketika di­temui di rumah saudara le­lakinya di Felda Kota Gelang­gi 2, di sini semalam.

Jaafar yang tinggal Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Tawai, Gerik, Perak berkata, selain pendapatan isterinya, kebajikannya ditampung menerusi ihsan anak yang cuma berpendapatan rendah hasil kerja kampung malah mereka juga mempunyai tanggungan ramai.

“Saya cuma me­nik­mati bantuan bulanan sara hidup skim veteran tente­ra sebanyak RM300 dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai RM500. Malangnya bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebelum ini ditarik balik berikutan usia melebihi 60 tahun,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyumbang menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Jaafar bernombor 08100-29-88785641-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×