Tol:’Gula-gula’ untuk rakyat - Utusan Malaysia

Tol:’Gula-gula’ untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb.- Proses rundingan pengambil alihan konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri hanya disifatkan sebagai ‘gula-gula’ bagi meraih sokongan pengundi dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia juga jelas menunjukkan sikap sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang cuba bersandiwara dan memperbodohkan rakyat disebalik proses rundingan itu.

Katanya, kerajaan PH tidak mengkaji dan memahami realiti kehidupan rakyat dengan memperkenalkan caj kesesakan dan hanya mengecualikan kadar berdasarkan tempoh tertentu sahaja.

“Adakah mereka nak paksa rakyat bekerja antara pukul 11 malam dan 5 pagi? Bagaimana pula dengan kualiti masa bersama keluarga? Apa yang menjadi persoalan janji lama tidak ditunaikan tiba-tiba buat benda lain kononnya untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya pula?

“Jangan cuba perbodohkan rakyat.Kalau benar jujur, hapuskan tol sebagaimana manifesto mereka.Ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya bersandiwara,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan PH telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi lebuh raya iaitu syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Ia membabitkan empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART dengan kadar

akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ (bukan waktu puncak) antara pukul 11 malam dan 5 pagi iaitu penggunaan lebuh raya adalah percuma.UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN