WASHINGTON 13 Feb. – Niat untuk membantu bekas rakan baik terjun ke dalam sungai dengan menolaknya pada tahun lalu menyebabkan dia berdepan hukuman penjara setahun di sini hari ini.

SAAT ketika tertuduh, Taylor Smith, 19, menolak bekas rakan baiknya ke dalam sungai yang menyebabkan kecederaan parah di Washington pada tahun lalu. – AGENSI
Tertuduh Taylor Smith, 19, didakwa atas kesalahan bertindak cuai mendatangkan bahaya kepada mangsa.
Mangsa mengalami patah enam tulang rusuk dan dua lubang pada paru-parunya yang masih dalam pemulihan setelah terhempas ke dalam sungai dari Jambatan Washington dengan jarak 18.3 meter.
Menurut doktor, mangsa yang terhempas dari ketinggian itu pada bahagian dadanya dahulu ke dalam sungai umpama konkrit. – AFP










