KUANTAN 9 Feb. – Pahang meneruskan rentak cemerlang dalam saingan awal Liga Super selepas menundukkan Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam pertemuan seteru tradisi Pantai Timur di Stadium Darul Makmur di sini malam ini. Kemenangan itu menyaksikan skuad Tok Gajah berkongsi kedudukan teratas bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mengumpul enam mata maksimum selepas mengharungi dua perlawanan. Beraksi di gelanggang sendiri, skuad bimbingan Dollah Salleh itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai…










