KANGAR 4 Feb. – Telekom Malaysia Berhad (TM) negeri telah menyerahkan sumbangan zakat perniagaan bagi 2017 berjumlah RM249,008 kepada Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), baru-baru ini. Lebih manis penyerahan zakat itu disempurnakan syarikat milik kerajaan (GLC) tersebut menerusi Program Kayuhan MAIPs Peduli, yang begitu sinonim dengan negeri ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyertai program itu, yang dipelopori…










