TLDM tahan dua bot nelayan Vietnam di perairan Pulau Tioman - Utusan Malaysia

TLDM tahan dua bot nelayan Vietnam di perairan Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Dua bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap hasil laut secara haram berjaya ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Pulau Tioman, Pahang kelmarin.

Kedua-dua bot nelayan yang membawa muatan hasil laut seperti ikan yu, udang kara dan ketam seberat lebih 500 kilogram itu ditahan kira-kira 21 batu nautika dari timur laut Pulau Tioman pada pukul 11 malam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim
Pahang, V.  Pannir Salvan berkata, sewaktu terserempak dengan kapal TLDM yang sedang melakukan rondaan, nelayan asing yang terkejut bertindak mahu memecahkan injap enjin kedua-dua bot berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya percaya ia bertujuan untuk meneggelamkan bot berkenaan bagi menghapuskan bukti namun helah nelayan asing itu berjaya dipatahkan anggota TLDM bertugas.

“Pemeriksaan selepas itu juga mendapati kedua-dua bot nelayan Vietnam itu dilengkapi dengan
lebih 20 akuarium besar dipercayai bertujuan memastikan hasil laut dapat dibawa pulang ke negara asal secara segar.

“Langkah itu membolehkan mereka dapat menjual hasil laut yang ditangkap secara haram mereka di negara ini dengan harga lebih tinggi di Vietnam,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemamam dekat sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN