Tidak timbul soal undi tidak percaya - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Tidak timbul soal undi tidak percaya – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu penegasan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang menganggap dakwaan itu sebagai usaha parti lawannya untuk mengalih pandangan rakyat daripada krisis kepemimpinan yang sedang melanda.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, Amanah dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) sentiasa teguh menyokong Dr. Mahathir dalam usaha melakukan reformasi menyeluruh dan menambah baik urus tadbir negara.

“Sebagai Presiden Amanah, saya menyeru kepada ahli di segenap peringkat untuk terus menumpukan kepada usaha-usaha mengembangkan dan menambah keahlian parti.

“Paling penting, kita perlu bekerja keras untuk memastikan calon PH akan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang sedang kita hadapi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad mengulas pendedahan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr. Mahathir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN