ALOR SETAR – Keadaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam kecoh seketika akibat tindakan orang tengah atau runner yang menutup pintu pagar sempadan. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, runner berkenaan mahu menutup pintu pagar sempadan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Ops Bersepadu yang dijalankan pihak berkuasa tempatan tetapi secara tidak sengaja tersilap menutup pintu pagar sempadan Malaysia. “Kejadian berlaku…










