Tidak berpuas hati 
walaupun JDT menang - Utusan Malaysia

Tidak berpuas hati 
walaupun JDT menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Feb. – Pe­ngendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa me­ngakui anak buahnya gagal mempamerkan aksi terbaik dalam aksi Liga Super biarpun menang 4-1 menentang Kuala Lumpur, semalam.

Figueroa berkata, aksi hambar itu jelas kelihatan khususnya pada babak pertama, namun, anak-anak buahnya berjaya bangkit pada separuh masa kedua apabila cuba membaiki beberapa kesilapan dalam padang.

“Pada separuh masa pertama, saya akui kami tidak bermain dengan baik. Bagaima­napun, beberapa kesilapan dapat dibaiki, selain, melakukan serangan bertubi-tubi ke gol lawan.

“Serangan tersebut akhirnya membuahkan hasil menerusi empat gol keseluruhannya pada babak kedua perlawanan. Bagaimanapun, kami tetap perlu memperbaiki kesilapan dan bekerja dengan lebih gigih untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Figueroa yang menyifatkan perlawanan menentang Kuala Lumpur sebagai satu perlawanan yang sukar, tetapi, mahu anak buahnya terus bekerja keras kerana kebanyakan pasu­kan lawan menggunakan taktikal bertahan sebelum melakukan serangan mengejut.

Mengulas mengenai per­sembahan secara individu, Figueroa memuji penyerang tempatan, Safawi Rasid yang menunjukkan peningkatan menerusi beberapa percubaan berbisa.

“Saya merasakan dia bermain baik pada separuh masa kedua. Saya gembira kerana apabila kami melakukan kesilapan, kami berusaha memperbaiki kesilapan itu sehingga semua berjalan dengan baik. Memang benar para pemain tempatan kami kini berada dalam keadaan terbaik. Saya pernah ulas perkara ini, sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN