KUALA LUMPUR 9 Feb. – Warganet yang kerap menyuarakan pendapat dan mengkritik sesuatu isu secara lantang dalam media sosial perlu bersedia sekiranya dikenakan tindakan undang-undang. Meskipun pendapat dan kritikan yang diutarakan itu bersifat mendidik atau membina, namun jika ia mengganggu keselamatan pihak lain tetap boleh disaman. Pakar Media Polisi, Dr. Muhammad Adnan Pitchan berkata, tiada sesiapa pun di negara ini kebal daripada undang-undang jika mereka melakukan kesalahan termasuk dalam media…










