Tiada sebarang keistimewaan buat Ronaldo - Utusan Malaysia

Tiada sebarang keistimewaan buat Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 18 Feb. – Emre Can melabelkan Juventus sebagai kelab ‘keluarga’ tetapi pada masa sama menegaskan bahawa pasukan itu tidak memberikan sebarang layanan istimewa kepada Cristiano Ronaldo.

Can menyertai Juventus pada penghujung musim lalu daripada Liverpool secara percuma.

Pemain tengah Jerman itu berjaya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Massimiliano Allegri namun kehadiran sentiasa dibayangi Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak dengan 19 gol daripada 24 penampilan musim ini.

“Ia adalah sebuah kelab yang penuh dengan unsur kekeluargaan.

“Sama seperti Liverpool, semangat di dalam bilik persalinan mereka juga sama.

“Saya gembira di Juventus. Sikap individu tidak wujud di sini.

“Ronaldo ada di sini, pemain utama dunia tetapi di dalam bilik persalinan dia sama seperti kami.

“Semua orang berada di tahap yang sama, tiada kelebihan diberikan kepada mana-mana pemain. Kesannya sangat besar, apabila kami berlatih atau beraksi, kami berada dalam mood yang betul,” kata Can.

Ronaldo menjaringkan dua gol ketika Juventus menewaskan Frosinone 3-0 bagi mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Serie A dan kini fokus diberikan kepada aksi menentang Atletico Madrid dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN