Thailand nafi laporan halang kemasukan warga Kemboja - Utusan Malaysia

Thailand nafi laporan halang kemasukan warga Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 22 Feb. – Jabatan Imigresen Thailand hari ini menafikan laporan sekumpulan 34 warga Kemboja yang beragama Islam dihantar pulang ke negara asal selepas dokumen perjalanan mereka ditolak oleh pihak berkuasa di wilayah Sa Kaeo, timur Thailand, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Imigresen Sa Kaew. Kolonel Benchaphon Rotsawat berkata, kumpulan 32 lelaki dan dua wanita, termasuk beberapa bukan Muslim itu tidak diterima memasuki negara kerana beberapa sebab.

“Kumpulan ini mempunyai pasport dan dokumen perjalanan yang sah, namun gagal memenuhi peraturan imigresen termasuk tidak dapat memberikan maklumat mengenai tempat tinggal mereka di Thailand.

“Selain itu mereka tidak memenuhi peraturan membawa sekurang-kurangnya 20,000 baht untuk memasuki Thailand. Itu sebabnya mereka tidak dibenarkan memasuki negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Benchaphon berkata, semasa disoal siasat, pihaknya percaya kumpulan itu menggunakan Thailand sebagai transit untuk mencari pekerjaan di selatan Thailand dan juga Malaysia.

“Kami turut menemui nombor telefon yang kami percaya ejen mereka di Thailand dan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN