KUALA TERENGGANU 10 Feb. – “Terima kasih. Kalau dia hidup memang saya akan ucap terima kasih banyak-banyak. Ibarat dia berganti nyawa dengan kami, demi selamatkan kami semua”. Demikian luahan pilu sambil diiringi tangisan berulang kali yang diucapkan Nordiana Alwani Jaafar, 33, ketika bertemu keluarga Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, di pekarangan bilik mayat, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini. Tanpa memikirkan tahap kesihatannya yang…









