PUTRAJAYA 4 Feb – Perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok membawa nilai saling menghormati dan kekeluargaan dalam kalangan penyambutnya, kata Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri berkata, nilai tersebut jelas ditunjukkan pada tradisi makan besar sempena perayaan itu yang antaranya menekankan rasa kebersamaan dalam sesebuah keluarga. Malah, beliau menjelaskan, masyarakat bukan Cina juga dapat menikmati sendiri kemeriahan perayaan tersebut apabila mereka menziarahi rakan-rakan dari…










