KUALA LUMPUR 12 Feb. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Nauraj Singh Randhawa, yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara lompat tinggi dalam dewan. Syed Saddiq menerusi laman Twitternya, berkata: “Congrats (tahniah) @Navraj40 #MalaysiaBoleh.” Atlet berusia 27 tahun dari Johor itu, melakukan lompatan setinggi 2.19 meter (m) untuk meraih tempat kedua Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke-21 di Chemnitz, Jerman pada Ahad lalu. Catatan…










