Sultan Selangor berkenaan terima peruntukan imam, guru agama - Utusan Malaysia

Sultan Selangor berkenaan terima peruntukan imam, guru agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM RM42,066,000.00.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr, Mujahid Yusof berkata, peruntukan tersebut merupakan wang bagi tujuan pembayaran imbuhan imam, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir bagi tahun 2019.

“Peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada seramai 2,700 orang guru KAFA, 760 orang imam dan 142 orang guru takmir di negeri Selangor,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN