Sultan Johor hadir sambutan Chap Goh Meh - Utusan Malaysia

Sultan Johor hadir sambutan Chap Goh Meh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis Sambutan Chap Goh Meh Anjuran Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Group di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini sebentar tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada pukul 12.30 tengah hari itu disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWH Group, Tan Sri Lim Kang Ho. 

Tuanku turut berkenan menggaul yee sang sebagai simbolik meraikan kedatangan tahun baharu dalam kalendar Cina bersama-sama tetamu kehormat lain. 

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar. 

Turut diraikan dalam majlis tersebut penginap beberapa pusat kebajikan sekitar negeri ini antaranya Pusat Kebajikan Kalvari Johor dan Persatuan Kebajikan Jagaan Warga Tua Ehsan Johor Bahru. – UTUSAN ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN