Sudan Selatan berdepan ‘kebuluran melampau’ - Utusan Malaysia

Sudan Selatan berdepan ‘kebuluran melampau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUBA 22 Feb. – Berpuluh-puluh ribu penduduk di Sudan Selatan mengalami kebuluran, lapor agensi bantuan, ketika pertempuran berterusan walaupun perjanjian damai ditandatangani enam bulan lalu bertujuan menamatkan perang saudara.

Hampir tujuh juta orang atau dua pertiga daripada penduduk Sudan Selatan pula berdepan ‘kebuluran melampau’.

“Keadaan keselamatan makanan terus merosot,” kata Isaiah Chol Aruai, Pengerusi Biro Statistik Kebangsaan dalam penilaian terkini mengenai makanan.

Beliau seterusnya merayu bantuan antarabangsa bagi mengelak bencana kebuluran lebih buruk.

Ketika masalah kebuluran diumumkan pada 2017, seramai 4.9 juta penduduk atau 40 peratus daripada penduduk negara memerlukan bantuan makanan.

Ketika ini, lebih 6.1 juta orang atau lebih separuh daripada jumlah penduduk, disifatkan sebagai ‘tiada jaminan makanan yang akut’.

Tanpa tindakan, angka-angka tersebut akan bertambah buruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN