Suami isteri ditahan dera anak - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan dera anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Feb. – Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka berusia 12 tahun dalam kejadian di Majidee di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut yang tular dalam media sosial.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian dera membabitkan kanak-kanak lelaki itu semalam.

“Susulan laporan itu polis menahan dua suspek iaitu bapa tiri kanak-kanak itu yang juga warga tempatan serta ibu kandungnya warga asing bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Md. Yusof berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Semalam tular dalam media sosial beberapa keping gambar seorang kanak-kanak dipercayai mangsa dera dengan keadaan badannya terdapat kesan luka.

Mengikut isu yang tular itu, kanak-kanak itu didakwa didera dan dipukul oleh kedua ibu bapanya dengan wayar periuk nasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN