Spurs juga ancaman EPL - Winks - Utusan Malaysia

Spurs juga ancaman EPL – Winks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 Feb. – Harry Winks menegaskan Tottenham masih mempunyai peluang untuk menghambat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka akan melayan kunjungan

Leicester di Stadium Wembley, esok meskipun skuad kendalian Mauricio Pochettino itu ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Manchester City dan Liverpool di tempat kedua.

Bagaimanapun, ketika ramai pengulas sukan berpendapat Spurs yang berada di tempat ketiga berada di luar perebutan kejuaraan EPL namun berdasarkan tiga perlawanan terakhir mereka berjaya melakar kemenangan.

City berjaya berada di kedudukan teratas meskipun mereka ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool.

Sekiranya berjaya menjuarai EPL buat kali pertama sejak 1961 pasti menjadi kejayaan terbesar Tottenham yang tidak mengambil pemain baharu dalam dua pasaran perpindahan pemain.

“Kami tewas kepada Wolves dan ramai orang berkata kami sudah terkeluar daripada perebutan kejuaraan EPL dan sekarang adalah masanya untuk kami berada dalam empat pasukan terbaik dan selepas menewaskan Newcastle, orang kembali berkata kami kembali berada dalam landasan.

“Kami tidak terlibat dalam perebutan di antara City dan Liverpool, apa yang kami lakukan adalah mengambil perlawanan satu demi satu dan fokus pada lawan yang seterusnya.

“Pada hujung musim kami kembali melihat kepada perebutan liga. Kami akan bertemu City dan Liverpool dan dua perlawanan tersebut kami boleh menang jika mahu mencabar EPL. Buat masa sekarang, kami gembira dengan kedudukan semasa dan kami beraksi dengan baik, itu lagi penting,” kata pemain tengah Spurs itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN