KUALA LUMPUR 9 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas Ahli Parlimen Johor yang bergelar Datuk berhubung dua kes suapan wang ringgit dan sebidang tanah bernilai kira-kira RM230,000. Menurut sumber, lelaki yang berusia 56 tahun tersebut yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 12.40 tengah hari dan berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor…










