SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Menurut SRPM, bilik gerakan itu yang beroperasi 24 jam akan ditempatkan di tingkat bawah Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, Kajang.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 016-988 0782 atau 03-5525 6500, faks 03-5525 6514,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN