SPR tunggu perakuan keputusan Pendaftar Mahkamah Persekutuan - Utusan Malaysia

SPR tunggu perakuan keputusan Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Feb.- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu Perakuan Keputusan daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum mengambil keputusan lanjut bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum dan akur terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada 16 November 2018.

“Keputusan itu mengisytiharkan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi DUN N.27 Rantau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu sebagai terbatal dan tidak sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN