PUTRAJAYA 1 Feb. – Kira-kira 200 umat Islam berkumpul di Dataran Putra, di sini bagi menzahirkan sokongan terhadap ketegasan Malaysia untuk tidak membenarkan atlet Israel datang ke negara ini. Himpunan hampir satu jam yang dinamakan ‘Tolak Israel Masuk Malaysia’ itu disertai beberapa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, belia dan Palestin selepas solat Jumaat. Antara yang terlibat adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Kebudayaan Palestin…










